Wednesday 12 October 2011

lelaki dan minat....

minat....semua manusia ada minat masing2x....tak kisah la minat tu baik atau buruk...tapi bagi sesetangah lelaki minat adalah segala2xnya bagi diri mereka....minat yang ada pada seorang lelaki mungkin ada sejak mereka kecil atau mungkin apabila mereka merasakan benda yang mereka buat itu boleh membuatkan mereka rasa seperti dalam syurga...cheewaahhhh...hahahahahaa...apapun lepas nie kita akan tahu apa yang akan berlaku bila lelaki mula ada MINAT..ceh...kalo drama tv kompom2x dah iklan part nie...tak pun dah bersambung minggu depan...hahahahahaa...

nak dijadikan cerita....minat seorang lelaki nie menunjukkan mereka taksub pada apa yang mereka rasa seronok bila mereka melakukannya dan sedih bila tidak melakukan minat seharian mereka...ceh macam orang bercinta lah pulak....hahahahaha....tapi bercinta tak bercinta itulah kaum lelaki...unik kan...hahahahaaha...kadang2x bagi mereka nie minat mengatasi segala2xnya....hahahaha...mana taknya...bila seorang lelaki dah minat pada sesuatu benda dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai atau melaksanakan minatnya....hahahaa..percaya atau tak korang tu terpulang lah...mungkin korang tak jumpa lagi lelaki2x yang ada minat yang unik serta taksub pada minatnya....hahahaahah....bagi aweks2x yang ada balak yang sememangnya ada sesuatu minat yang unik dan taksub pada minatnya...berhati2x k...jangan cuba menentang minat mereka...nasihat aku...baik korang ikut jer minat dia...bukan ape takut korang akan patah hati bila dia tinggalkan korang sebab minat diorang yang bukan2x...hahahahaa...yang nie pesanan daripada penaja k...hahahaha...bak kata nabil lu pikeylah sendiri.....


walaupun begitu kaum2x wanita jangan lah susah hati...ini kerana minat seseorang lelaki nie kita boleh kesan sebab ada simptom2x tertentu yang menunjukkan seseorang lelaki nie minat akan sesuatu benda....haaaa...nie yang aku nak ceritakan sikit...hahahahaa....salah satu contoh simptom seseorang lelaki nie minat akan sesuatu perkara apabila dia sanggup berhabis duitnya untuk mendapatkan benda yang mereka nak....sebagai contoh minat lelaki pada kamera...cehh..aku bukan sangat pasal benda nie tapi kalo salah aku awalx mintak maaf...hahahahaa...wanita2x yang ada balak yang minat pada kamera nie boleh la ambik perhatian sikit...tak yah banyak sangat takut korang terpaksa pergi klinik lak pasni buat pemeriksaan jantung...hahahaaha....berbalik pada cerita asal simptom2x mereka yang minat pada kamera nie salah satu daripadanya bila korang bersembang pasal kamera atau yang sama waktu dengannya kat dia matanya akan mula bersinar2x....hahahahaha....ceh besinar2x tu maksudnya dia akan memberi penuh perhatian bila korang bercakap....haaaa....para awek2x tu bila korang tahu yang balak korang ade symptom begini...MATA BERSINAR2x....jangan cuba bercakap tentang keburukkan minat mereka nie depan mereka...kalo tak aku tak tahu ape yang akan terjadi kelak...hahahahaa...

selain itu, minat seseorang lelaki itu juga boleh di kesan apabila mereka sering sahaja mengunjungi kedai2x yang menjual peralatan yang ada kaitan dengan minat mereka......sebagai contoh,bila lelaki nie minat pada bola...setiap kali dia keluar untuk barang-barang keperluan diri mereka....kaum2x lelaki nie mesti akan singgah ket kedai sukan...padahal diorang tak beli pun just tengok2x jer...hahahahaa....waalaupun sekadar untuk tengok2x tu kadang2x nawaitu mereka nie boleh bertukar dalam sekelip mata kalo mereka dah terpaut hati dengan benda tu...jadi tak hairanlah bila bajet para lelaki nie selalu lari...sebab minat kan...hahahahaa....mana tak nya kalo lelaki nie dah kata minat...awek pun dia sanggup tinggalkan kalo awek mereka nie menentang minat mereka nie...hahahaha...so aweks2x di lua sana berhati2x k....bukan ape kaum lelaki nie sanggup melakukan apa sahaja untuk minat mereka....sedangkan ada antara kaum lelaki nie ada sanggup berlapa untuk merealisasikan minat mereka inikan melepaskanawek yang belom pasti boleh dijadikan isteri mereka...hahahahaa...bukan apa...kebanyakkan lelaki nie tak suka untuk menyusahkan diri mereka dan sebab tu jugaklah mereka nie sanggup untuk memutuskan makwe mereka demi minat mereka...so berhati2xx k....hakahakahakah....

kesimpulannya....lelaki dan minat nie sememangnya sudah sinonim dalam masyarakat kita...walaupon begitu bukanlah niat aku untuk menimbulkan rasa takut dalam diri sesiapa sahaja....sebagai seorang manusia...bila kita ada minat...pupuklah minat kita tu dengan cara yang betol....sebab dengan minat yang kita ada...kita boleh mencapai segala cita2x kita yang telah kita idam2xkan....walaupun begitu... cita2x kita nie tak kan tercapai jugak kalo tak de usaha...so...fikir2xkanlah k....hahahaaha....

No comments:

Post a Comment